Burung Walit/Walet/Sriti 2010

Posted: November 24, 2010 in Uncategorized

Burung Walit/Walet/Sriti.

Burung Walit merupakan sejenis Burung Layang-Layang yang mana hanya membuat Sarang menggunakan Air Liur nya, burung walit, walet atau juga dipanggil burung sriti yang yang popular di Indonesia ini dan telah di usahakan di Negara Jiran ( Indonesia ) terlebih dahulu dari kita Malaysia dikatakan mempunyai khasiat terhadap sarang yang dibina oleh burung ini. Khasiat Sarang Walet ini dikatakan memberi kecantikan Ayu Muda kepada pengamal sarang walit.

Rakyat cina amat sangat mengemari akan khasiat yang terkandung didalam sarang walit ini, menyebabkan harga sarang walit melambung tinggi hampir mencecah Rm 25 sekilogram setelah diproses dan ketegori jenis A. Kini ramai yang berlumba-lumba membina RBW ini demi merubah kehidupan dan Hidup Mewah buat pengusahanya.

Ternakan Burung Walit.

Pada Zaman dahulu burung walit tidaklah diternak seperti hari ini, Sarang Burung Walit di jumpai di Gua-Gua, Gua-Gua persisiran Pantai dekat dengan Laut. Gua Niah di Serawak amat popular diketika itu terdapat banyak sarang-sarang Burung Layang-Layang Jenis walit, waletdan juga burung Sriti ini.

Setelah manusia mempunyai penguasaan Kemajuan Teknologi pasa masa kini, Burung Walit/Walet kini di Ternak di dalam bangunan yang menyerupai Gua-gua buatan untuk menternaknya. kemajuan dalam sistem suara amat penting untuk memanggil Burung Walit ini masuk ke dalam rumah-rumah Penternak Walit dan memberi keuntungan sangat-sangat Lumayan buat penternaknya.

Pemborong Sarang Burung Walit/Walet/Sriti

Buat masa ini Pemborong Terbesar Sarang Burung walit ini adalah orang-orang China di Hong Kong yang mempunyai Networking di Malaysia dan Indonesia pada hari ini.Permintaan terhadap Sarang Burung Walit ini sangat tinggi hingga menyebabkan kita pada hari ini bersaing membina Rumah-rumah walit ini.

Perusahaan Burung Walit

Pada hari ini Perusahaan Walit ini telah diusahakan oleh orang cina ( Majoriti ), Melayu dan negara jiran Indonesia. Perusahaan ini juga telah diperluaskan dengan pelbagai-pelbagai Aspek Perusahaan seperti Minuman Bertin Walit, Jus Walit dan minuman-minuman berbentuk kesihatan hingga menyebabkan mendapat permintaan tinggi Malaysia dan Negara China kini.

Argo Bank dan Walit

Memang benar tahun lepas Argo Bank menyediakan Pinjaman-pinjaman sekitar Rm 30k kepada mereka yang layak untuk membina rumah-rumah walit ini dan membayar Ansuran Bulanan setiap bulan mengikut kadar bayaran balik setiap bulan. Buat masa ini peruntukan disediakan sudah habis, PM ada menceritakan tentang peruntukan sehingga 200juta untuk Ternakan Burung Walit ini untuk Tahun 2011 namun kita tidak tahu Bank mana yang di maksudkan oleh Perdana Menteri ( PM ) oleh itu diharap para Bakal-bakal pengusaha yang baru harap dapat bersabar menanti pengumuman Bank mana yang menyediakan pinjaman Industri Sarang Burung walit ini.

Pinjaman-pinjaman untuk Membina Rumah Burung Walit ( RBW )>

Apa yang saya maklum buat para Penjawat-penjawat Awam Pinjaman Personal Loan boleh di dilakukan di Bank-bank pilihan anda memgikut kemampuan kadar gaji masing-masing yang mana sudah mempunyai Tanah Persendirian untuk membina RBW ini asalkan tidak ianya juga menganggu Punca Bising dikawasan tempat anda, nah anda juga boleh membina Rumah walit ini. Banyak Berita-berita mengatakan Pengusaha-pengusa Walit/Walet/Sriti ini membuat Ganguan Bunyi Bising pada Orang Awam. Saya rasa terkilan juga kerana para pengusaha tidak mengendahkan rintihan orang awam ini. Sebenarnya suara walit ini tidak perlu di bunyi terlalu kuat sekali hingga menganggu kan orang awam di tempat masing-masing cukup sekadar perlahan sahaja, Burung Walit yang berada di atas langit boleh dengar suara walit yang anda pasangkan. Tidak perlu membunyikan terlalu kuat. Fikir fikirlah..

Harga Sarang Burung walit 2010.

Apa yang saya tahu harga sarang walit yang telah diproses dan hendak dieksport mencecah harga sampai 25k untuk sekilogram. Untuk tahun 2010 harga terkini yang saya dapat berita ialah Rm 4300 sekilogram di Kelantan dan Terengganu dan di Area Selangor hanya Rm 32oo sekilogram ini dari maklumat-maklumat Penternak-penternak yang saya perolehi.sekiranya ada diantara pengusaha-pengusaha yang tahu harga terkini walit anda dialu-alukan untuk memberikan Komen dibawah ini.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s