Walit World bangun industri burung walit

Posted: November 17, 2010 in Uncategorized

 

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
bisnes@utusan.com.my

 

PORT DICKSON 8 Nov. – Melihat potensi industri burung walit yang dijangka menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2015, Walit World Sdn. Bhd. mengambil inisiatif membangunkan kawasan industri ternakan burung walit di Tanjung Agas, Teluk Kemang.

Melalui projek yang dinamakan Walit World Tanjung Agas Ecopark itu, syarikat tersebut menawarkan peluang perniagaan kepada individu yang berminat untuk membeli hartanah ‘rumah burung’.

Pengurus projek, Mohd Nasir Che Fa berkata, hak milik tanah diberikan kepada pemilik rumah burung walit yang dibangunkan secara berpusat di kawasan burung walit di daerah ini.

Menurut beliau, pihaknya menawarkan tapak seluas 2,100 kaki persegi di kawasan tersebut dengan rumah burung setinggi dua setengah tingkat yang bersaiz 20 kaki lebar dan 50 kaki panjang

“Rumah burung walit ini turut dilengkapi peralatan audio terkini untuk memanggil burung tersebut. Harga yang ditawarkan bagi sebuah rumah ialah RM320,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, pembangunan kawasan seluas 5.2 hektar itu telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan mendapat sokongan serta khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Lokasi ini sangat strategik iaitu dalam kawasan kampung berhampiran pertemuan muara Sungai Linggi dan Selat Melaka serta dikelilingi rimbunan pokok bakau yang sememangnya kaya dengan punca makanan yang sesuai dengan koloni burung walit,” katanya.

Mohd Nasir memberitahu, khasiat sarang burung walit ini terbukti sejak dulu lagi yang mampu melancarkan fungsi paru-paru, melancarkan perjalanan darah, menambah daya ketahanan badan, meningkatkan kekuatan jantung dan banyak lagi kebaikan kepada kesihatan manusia.

“Disebabkan oleh khasiat dan nilai perubatannya yang tinggi, sarang burung walit sangat berharga dan mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.

“Harga sarang burung walit di pasaran boleh mencecah RM5,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan mengikut gred, dan nilainya akan meningkat sekali ganda apabila memasuki pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau menambah, industri ternakan burung walit menjanjikan keuntungan sampingan yang lumayan malah menawarkan cabang perniagaan keluarga yang boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

“Melabur melalui pembelian sebuah rumah burung walit beserta tapak rumah di Walit World Tanjung Agas Ecopark, pasti menjanjikan pulangan modal dan keuntungan yang lumayan,” katanya.

Maklumat mengenai Walit World Tanjung Agas Ecopark boleh diperoleh menerusihttp://worldofwalit.blogspot.com.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s