Sarang burung walit ganggu penduduk di Gambang

Posted: November 17, 2010 in Uncategorized
 

ANTARA premis-premis burung walit yang terdapat di Jalan Gambang.

 


Saudara Pengarang,
KEGIATAN ternakan sarang burung walit cukup popular di Malaysia. Ia bukan sahaja diternak di dalam bandar tetapi juga di luar bandar.

Harga sarang burung itu yang dikatakan mahal dan memberi pulangan kepada peniaga telah membuatkan ramai usahawan baru mencuba industri ini di kawasan tertentu.

Namun, apa yang dikesalkan tiada kawalan kepada pengusaha terbabit mendirikan rumah kosong sesuka hati sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk.

Hal itu berlaku di Kampung Baru Gambang, Kuantan, apabila segelintir pengusaha mendirikan rumah burung walit sehingga mengganggu ketenteraman penduduk kampung.

Bayangkan setiap hari bunyi seperti burung tersebut melalui pembesar suara mengganggu penduduk terutama bagi yang ada anak kecil.

Perkara ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menimbulkan kesulitan kami untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Janganlah hanya memikirkan keuntungan dan mengaut kekayaan sendiri sehingga mengabaikan ketenteraman penduduk.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ini kerana kami tidak menentang perusahaan itu tetapi biarlah dibuat di kawasan yang sepatutnya khususnya yang tidak mempunyai penduduk.

Diharap perkara ini diberi perhatian dan tindakan susulan segera diambil demi kebaikan semua pihak.

ANTI BISING, Kampung Baru Gambang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s