Ekspo Cheng Ho rintis hubungan Kelantan-China

Posted: November 17, 2010 in Uncategorized

KOTA BHARU 10 Nov. – Penganjuran Ekspo Cheng Ho pada 21 hingga 26 November ini bakal merintis hubungan dua hala antara Kelantan dan China yang kini merupakan antara negara kuasa ekonomi dunia.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Datuk Ahmad Mahmood berkata, penganjuran ekspo itu merupakan satu perkembangan besar buat negeri ini apabila dapat mengadakan kerjasama dengan China.

Katanya, kerjasama itu diharap dapat mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak terutama dalam sektor ekonomi.

“Kelantan merupakan negeri pengeluar sarang burung walit terbaik di dunia. Ini adalah satu perkembangan yang baik apabila kita dapat menjalin hubungan perdagangan dengan China,” katanya.

Seramai 1,200 sukarelawan terdiri daripada pelbagai kaum terlibat dalam menjayakan penganjuran ekspo yang disifatkan terbesar di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kesemua sukarelawan itu telah diberikan latihan selama tiga hari bagi memastikan mereka dapat membantu kerajaan negeri dalam menjayakan penganjuran ekspo tersebut.

“Setiap sukarelawan diberikan latihan secara profesional oleh pelatih yang diupah khas dari Kuala Lumpur.

“Ia melibatkan latihan di segi kemahiran komunikasi, pengetahuan am tentang pelancongan, protokol dan juga keselamatan,” katanya.

Pada ekspo tersebut sebanyak 412 gerai disediakan termasuk 162 yang disertai oleh peserta dari China.

Kesemua gerai tersebut ditempatkan di bawah dua buah khemah besar yang disediakan manakala 16 gerai makanan turut dibuka sepanjang ekspo tersebut.

Orang ramai yang mengunjungi ekspo itu juga berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai khazanah serta warisan Islam termasuk al-Quran daripada emas berusia 600 tahun dan al-Quran terpanjang.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s