Rumah burung walit ganggu penduduk

Posted: November 3, 2010 in Uncategorized
 

SEBUAH rumah dan mesin perangkap burung di salah satu bangunan kedai di Jalan Susur Tengah, Sungai Abong, Muar ini menganggu keselesaan penduduk.

 


Saudara Pengarang,
PENDUDUK Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 5 Utara, Sungai Abong, Muar berasa amat terganggu dengan sebuah premis kedai yang dijadikan rumah burung walit yang dipasang mesin pemanggil unggas berkenaan.

Rumah burung ini dilengkapi dengan corong pembesar suara yang mengeluarkan bunyi seperti burung yang sangat bising dan mengganggu keselesaan penduduk setempat.

Rumah burung ini dibina di atas bangunan kedai di Jalan Susur Tengah, Sungai Abong.

Suara ataupun bunyi seakan-akan burung dimainkan melalui rumah tersebut yang sangat kuat dan bising dan mengganggu penduduk setempat.

Lebih malang, suara tersebut tidak dimatikan sehingga lewat malam. Ini sudah pasti membawa masalah kepada anak-anak kecil yang ingin tidur pada waktu tengah hari dan malam.

Justeru, penduduk setempat mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan ke atas pemilik rumah burung tersebut agar tidak mengganggu keselesaan penduduk.

Penduduk setempat juga mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan drastik lagi efisien serta tidak membenarkan rumah burung diwujudkan di kawasan yang berhampiran dengan kediaman penduduk.

Slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus diterjemahkan dalam semua tindakan untuk menjayakan harapan dan misi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan hanya pandai melaung-laungkannya, tetapi tindakan untuk merealisasikannya tidak dilaksanakan.

MUHD. AZAHAREEN

Sungai Abong, Muar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s