Biaya walit RM67 juta

Posted: Oktober 14, 2010 in Uncategorized

PUTRAJAYA 6 Okt. – Agrobank telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM67.7 juta kepada mereka yang berminat menceburi industri sarang burung walit yang semakin berkembang di negara ini.

Pembiayaan itu disediakan melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan menggalakkan pelaburan di dalam industri berkenaan berikutan permintaan tinggi terutamanya di China.

Pembiayaan yang mula disediakan sejak awal tahun ini, kini menarik 200 individu dan kumpulan untuk mendapatkan pinjaman mereka dari bank tersebut.

Pengurus Agrobank (Pemasaran Jualan), Jamaludin Mahfodz berkata, pinjaman itu digunakan untuk membina ‘rumah’ burung serta menyediakan sistem bunyian untuk menarik perhatian burung walit membina sarang.

“Berdasarkan pengalaman pihak bank, pengusaha sudah mampu membuat pembayaran balik tidak sampai setahun walaupun dibenarkan menangguhkan bayaran selama 12 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah mengenai peruntukkan perusahaan burung walit pada dalam seminar yang dianjurkan oleh Gabungan Pengusaha Makanan Halal Malaysia (GPMM) di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Presiden GPMM, Abdul Rahman Bakar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s