Ternakan burung walit bantu golongan miskin

Posted: September 26, 2010 in Uncategorized

TAIPING 21 Ogos – Kerajaan memperuntukan sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan projek ternakan burung walit yang melibatkan golongan miskin tegar di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, usaha itu bertujuan meningkatkan pendapatan mereka sekali gus mengatasi masalah kemiskinan golongan tersebut.

Katanya, setiap peserta yang terpilih akan menerima peruntukan sebanyak RM10,000 untuk membina rumah pembiakan burung walit.

“Mereka boleh melaksanakan projek ini secara berkelompok kerana ia mempunyai potensi yang besar untuk dikomersialkan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Ramadan di Kampung Sungai Manik, Pondok Tanjung dekat sini petang semalam.

Abdul Aziz berkata, burung walit bukan sahaja mendapat permintaan tinggi di pasaran tetapi harga jualannya juga amat memberangsangkan.

Mengulas lanjut, katanya, seramai 40 penduduk miskin di negeri ini akan dipilih untuk menjalani kursus projek ternakan burung itu.

“Selepas menamatkan kursus dalam tempoh beberapa minggu, setiap peserta akan diberikan peruntukan RM10,000 untuk melaksanakan projek perintis tersebut,” katanya.

Menurutnya, antara kawasan yang didapati sesuai untuk menjalankan projek itu ialah di sekitar Manjung dan beberapa kawasan dekat sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, projek pembiakan kambing boer yang sedang dilaksanakan di Pondok Tanjung dekat sini dikenalpasti mampu menghasilkan baka berkualiti tinggi bagi keperluan negara.

“Kita telah mengimport baka kambing boer dari Afrika Selatan dan Australia sejak dua tahun lalu.

“Baka kambing yang dihasilkan itu akan dimanfaatkan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Abdul Aziz yakin dalam tempoh lima hingga 10 tahun, pusat itu berupaya menghasilkan baka kambing boer yang tulen untuk negara ini.

Projek membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu telah dilaksanakan di kawasan seluas 1,200 hektar sejak Jun 2008.

Komen-komen
  1. mansor jidin berkata:

    saya berminit meyertai perusahan burung ini bolih ikut kurusus

  2. my berkata:

    mcm mana sy nak menyertai kursus burung walit ini

  3. Kamal bin boyot berkata:

    macam mana nak menyertai kursus ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s