Pengusaha sarang burung disamun

Posted: September 26, 2010 in Uncategorized

KLANG 24 Ogos – Seorang pengusaha sarang burung walit kerugian RM60,000 apabila disamun sekumpulan lelaki sebaik sahaja mengeluarkan wang dari sebuah bank di Bukit Tinggi, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun diekori dua kereta jenis BMW dan Toyota Harrier.

Sebaik sahaja menghampiri Jalan Kerayong di Pandamaran, kereta BMW itu terus menyekat kereta mangsa jenis Nissan Murano dari arah hadapan.

Menurut saksi, seorang lelaki kemudian keluar dari kereta BMW itu lalu menghentak cermin kereta mangsa di bahagian penumpang sehingga pecah.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa telah membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal percaya kumpulan lelaki menaiki BMW dan Toyota Harrier itu adalah warga Indonesia.

“Kita difahamkan, suspek menggunakan batang besi untuk memecahkan cermin kereta mangsa,” tambah beliau.

Mohamad memberitahu, gerakan telah dilancarkan untuk memburu suspek-suspek yang dipercayai berusia 40-an.

Dalam kejadian berasingan, seorang kakitangan kerajaan berusia 32 tahun cedera teruk pada jarinya ketika cuba melarikan diri daripada seorang penjenayah yang tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam kenderaannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s