Kerajaan negeri perlu wujudkan unit penguat kuasa

Posted: September 26, 2010 in Uncategorized

SEREMBAN 24 Nov. – Sebuah unit penguatkuasaan yang ditadbir terus oleh kerajaan negeri perlu diwujudkan bagi mengekang sebarang cubaan membawa keluar hasil bumi sewang-wenangnya.

Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) berkata, banyak kejadian seperti kecurian balak, pasir dan batuan berlaku di negeri ini akibat kurangnya pemantauan sehingga menjejaskan pendapatan hasil bumi.

Katanya, di beberapa kawasan di negeri ini telah diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan akibatnya hasil bumi itu hilang begitu sahaja, sekali gus merugikan kerajaan negeri.

”Saya amat bersetuju supaya pemberi maklumat kepada pencerobohan hasil bumi itu diberikan insentif atau imbuhan supaya mereka yang bersalah dapat diberkas,” katanya sambil menyokong cadangan Teo Kok Seong (DAP-Bahau).

Zainal yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2010 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini berkata, selain hasil hutan, pencukaian hasil pasir dan batu yang dibawa keluar juga perlu dinilai semula.

”Hari ini kita tidak tahu hasil cukai pasir sungai. Yang kita maklum ia hanya sekitar RM2 satu meter padu. Saya tanya pegawai berkenaan bagaimana mereka menilai hasil tersebut, mereka tidak boleh memberikan jawapan tepat.

”Saya tidak tahu mekanisme apa yang digunakan untuk mengukur nilai cukai bagi pasir sungai ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, kalau pasir sungai dinilai pada RM2.20 bagi satu meter padu, manakala pasir lombong pula pada kadar RM3 untuk satu lori tiga tan, sedangkan mereka yang berurusan menjualnya pula boleh mencapai harga pasaran melebihi RM300 untuk satu lori jenis itu.

”Oleh itu, saya berharap cara pencukaian yang dikenakan ke atas hasil bumi ini dikaji dan dinilai semula supaya ia dapat meningkatkan pungutan hasil kerajaan negeri pada masa hadapan,” ujarnya.

Mengenai perusahaan burung walit di beberapa daerah di negeri ini, Zainal meminta kerajaan negeri menyemak syarat lesen termasuklah dikenakan cukai terhadap hasil daripada perusahaan tersebut.

”Industri burung walit ini begitu maju. Burung itu hanya terbang dan tanpa tuan. Pengusahanya hanya perlu membina bangunan dan apabila cukup masa, mereka mengutip hasil.

”Apabila dituai sarangnya dua bulan sekali, pengusaha boleh memperoleh pendapatan RM30,000 dalam tempoh tersebut,” katanya.

Ketika ini terdapat satu perusahaan burung walit di Seremban, 14 di Port Dickson, 38 di Tampin, manakala lima di Rembau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s