Ejen CIA: UMNO Selangor cabar Anwar nafi, saman penulis blog

Posted: September 26, 2010 in Uncategorized

Noh Omar menunjukkan sarang burung walit yang telah diproses pada sidang akhbar sempena Pembangunan Industri Burung Walit Negara di Lembaga Pertubuhan Peladang, Pusat Bandar Damansara, semalam. – Bernama– fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KL06_120710_NOH_WALIT MOHD JOHARI IBRAHIM WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA SELANGOR 12 Julai – UMNO negeri ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan serta menyaman penulis blog terkenal, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai alat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi badan perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran itu dibuat jika Anwar menafikan dakwaan penulis berkenaan.

“Kita cabar beliau sama ada menafikan atau menyaman penulis blog ini.

“Kalau benar dakwaan yang dibuat oleh penulis blog tersebut, ia jelas bahawa Anwar sanggup menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun asalkan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Sambutan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Elaine yang juga seorang penulis blog terkenal di New York, Amerika Syarikat mendakwa bahawa Anwar sebagai ‘alat’ kepada CIA menerusi artikelnya, ‘CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assasinated’.

Dalam pada itu, Noh berkata, pihaknya akan turut menghantar memorandum mendesak kerajaan negeri tidak lagi melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ekoran dakwaan berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Jelas beliau, sebagai rakyat Selangor, pihaknya tidak mahu seorang ejen CIA diberi tempat dalam pentadbiran di negeri itu apatah lagi memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menyifatkan kerajaan negeri cuba menafikan hak rakyat mengukuhkan kuasa politik mereka berhubung pelaksanaan Projek Langat 2 untuk pemindahan bekalan air dari Pahang ke Selangor.

Katanya, kerajaan negeri cuba melengah-lengahkan projek itu yang sepatutnya dilaksanakan kepada rakyat di negeri ini bagi mengelakkan masalah bekalan air menjelang 2013.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM4 bilion untuk pelaksanaan projek itu dan sepatutnya dilaksanakan pada Mei lalu manakala kontraktor untuk kerja-kerja tersebut telah pun dilantik.

“Namun kerajaan negeri sehingga kini tidak memberi apa-apa jawapan mahu pun kerjasama bagi melaksanakan projek ini.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri mementingkan politik daripada kepentingan rakyat di Selangor ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri melihat bahawa projek tersebut daripada Kerajaan Persekutuan dan oleh itu, mereka tidak mahu bekerjasama.

“Akhirnya apabila Selangor, Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang mengalami krisis bekalan air pada 2013, mereka akan menyalahkan dan mempengaruhi rakyat bahawa keadaan itu berpunca daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s