‘Tiada rasuah dalam industri burung walit’

Posted: Ogos 13, 2010 in Uncategorized

MELAKA 14 Julai – Kerajaan negeri menafikan wujudnya rasuah dalam industri ternakan burung walit di negeri ini sebelum Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit Negara diluluskan Kabinet Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, sebelum garis panduan itu diluluskan oleh Kabinet, kerajaan negeri telah mempunyai garis panduan sendiri yang dilaksanakan pada Mei 2009.

Katanya, menerusi garis panduan itu, semua premis 60 pengusaha burung walit di negeri ini telah diselia dengan baik terutama dalam mengatasi masalah bau, pencemaran udara, bunyi bising dan risiko penyakit.

”Sejak garis panduan sementara diguna pakai, kerajaan negeri tidak menerima sebarang aduan berlakunya rasuah dalam melindungi industri burung walit di sesetengah kawasan di negeri ini.

”Garis panduan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri sebelum ini berjaya mengawal selia dengan baik pengusaha burung walit daripada menimbulkan sebarang masalah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang menyifatkan ketiadaan undang-undang sebelum ini memberi tanggapan wujudnya rasuah dalam industri itu.

SPRM dalam kenyataan memberitahu, pihaknya menerima aduan berhubung industri itu kerana masalah pencemaran udara dan bunyi hingga menganggu masyarakat setempat.

Mengulas lanjut Mohamad Hidhir berkata, kerajaan negeri menyambut baik garis panduan yang diluluskan oleh Kabinet Jumaat lalu.

Beliau berkata, garis panduan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semalam hampir sama dengan yang diguna pakai oleh kerajaan negeri sebelum ini.

”Industri burung walit di negeri ini sebenarnya tidak berdepan sebarang masalah kerana garis panduan sementara yang telah ada sebelum ini berjaya mengawal selia sebarang masalah yang timbul,” katanya.

Sehubungan itu, jelasnya, satu taklimat dengan semua 60 pengusaha burung walit akan diadakan tidak lama lagi bagi memberi penerangan mengenai garis panduan yang telah diluluskan oleh Kabinet.

Pada pertemuan itu, kata Mohamad Hidhir, kesemua pengusaha industri tersebut akan didaftarkan semula dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebelum dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengenai ternakan burung yang menggunakan bangunan bersejarah di sekitar bandar raya ini pula beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Warisan Negara tidak lama lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s