Sarang burung walit lubuk baru pencuri

Posted: Ogos 13, 2010 in Uncategorized

TEMERLOH 29 Julai – Pengusaha burung walit diminta memasang sistem keselamatan seperti alat penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) bagi membendung kes kecurian sarang burung yang dikatakan semakin berleluasa di Mentakab dan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, rakaman CCTV boleh membantu polis mengesan dan memberkas pencuri terlibat.

Katanya, pengusaha burung walit perlu mengeluarkan perbelanjaan memasang sistem keselamatan memandangkan ternakan burung itu memperoleh keuntungan yang besar dan kini menjadi sasaran pencuri.

”Polis percaya perbuatan mencuri sarang burung walit didalangi satu sindiket kerana pasarannya yang mahal dan mendapat sambutan daripada orang ramai.

”Setakat ini, pihak polis hanya menerima satu aduan mengenai kes kecurian sarang burung tersebut tetapi kami difahamkan banyak kes kecurian yang berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada program Kepolisan Kemasyarakatan dan mengedar risalah pencegahan jenayah kepada para peniaga sekitar bandar Temerloh di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima sejak beberapa hari lalu, polis telah menahan dua lelaki dipercayai terbabit dan bergerak aktif dalam kes kecurian sarang burung di sekitar bandar ini dan Mentakab.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu telah disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan akan didakwa di mahkamah esok.

Ahmad Fadzillah memberitahu, sarang burung mempunyai pasaran yang tinggi iaitu antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi setiap sekilogram yang belum diproses manakala yang sudah diproses mencecah antara RM6,000 hingga RM7,000.

Katanya, pencuri sudah mengetahui dan mahir selok-belok bangunan serta boleh mengagak sarang burung yang sudah matang dan boleh dicuri tanpa pengetahuan pengusahanya.

”Polis akan mengesan dan menjalankan siasatan lanjut bagi menangkap anggota kumpulan tersebut termasuk menahan pihak yang turut membeli sarang burung curi itu,” jelasnya.

Komen-komen
  1. mansor jidin berkata:

    saya rasa perlu ada jaga untuk kesalamatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s