Pengusaha burung walit perlu patuhi peraturan

Posted: Mei 31, 2010 in Uncategorized

MELAKA 19 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengingatkan pengusaha ternakan burung walit agar mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Setiausaha MBMB, Azmi Hussain berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan notis atau kompaun terhadap pengusaha yang didapati melanggar peraturan semasa menjalankan perusahaan tersebut.

Menurutnya, antara kesalahan yang boleh dikompaun oleh pihaknya termasuk kesalahan gangguan bunyi bising sehingga menimbulkan suasana kurang selesa kepada penduduk berhampiran.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan lima garis panduan kepada pengusaha burung walit bagi mengelak tindakan pihak berkuasa antaranya kesesuaian lokasi, status tanah, bangunan, amalan, kawalan operasi perusahaan dan latihan tahunan.

Ia termasuk lokasi perusahaan perlu berada dalam jarak melebihi 100 meter daripada kawasan penempatan penduduk, sekolah, tempat beribadat, perumahan, hospital dan hospital termasuk kawasan rekreasi.

Kerajaan negeri menegaskan, bangunan kediaman, rumah kedai dan hotel tidak dibenarkan dijadikan premis perusahaan sarang burung walit.

Selain itu, kata Azmi, MBMB boleh mengeluarkan notis dan kompaun terhadap mana-mana pengusaha ternakan burung walit yang didapati menyebabkan masalah ketenteraman awam.

Kata beliau, pemantauan yang berterusan akan dijalankan oleh MBMB bagi memastikan golongan terbabit mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, MBMB tidak mempunyai kuasa untuk menilai kesesuaian sesetengah lokasi yang dibenarkan bagi penternakan burung walit memandangkan ia tetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s