MPS beku sementara tiga lesen mewah bermasalah

Posted: Oktober 26, 2009 in Uncategorized

SEREMBAN 24 Okt. – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) membekukan sementara permohonan tiga lesen yang dianggap bermasalah iaitu lesen pusat siber, perniagaan barang lusuh dan besi buruk serta perusahaan sarang burung walit berkuat kuasa serta-merta.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latif menegaskan, pihaknya mengakui terdapat banyak aduan yang dibuat oleh orang ramai selain masalah timbul daripada pemberian ketiga-tiga lesen berkenaan.

“Kita juga berharap dengan adanya tindakan ini proses mengemas kini jumlah lesen dapat dijalankan selain proses pemutihan terhadap perniagaan yang tidak mempunyai lesen,” katanya di sini semalam.

Abd Halim berkata, aktiviti pemantauan secara berterusan akan diteruskan dalam memastikan keberkesanannya mengikut Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1976.

Pihaknya juga akan bekerjasama dengan polis dalam membuat pemeriksaan supaya lesen yang diberikan itu tidak disalahgunakan apatah lagi untuk aktiviti melibatkan kegiatan haram.

Mengulas tentang pembekuan lesen perniagaan barang lusuh dan besi buruk pula, Abdul Halim memberitahu, ia bertujuan mengekang tindakan tidak bertanggungjawab seperti kecurian kabel, logam dan tembaga milik syarikat utiliti negara.

Bagi pembekuan lesen perusahaan burung walit, ia berikutan aduan orang ramai akibat gangguan bunyi bising sistem pembesar suara pemikat burung layang-layang yang dipasang di deretan bangunan berdekatan kediaman mereka.

Komen-komen
  1. balan k berkata:

    utk makluman bukan semua orang yg menggunkan lesen ini bagi tujuan yg salah.Namun bagi utk memulakan perniagaan ini kami yg baru amat perlukannya.Minta perkara ini dikaji balik oleh Yg dipertua Majlis Perbandaran Seremban.
    Drpd Anak N.Sembilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s