Komited tingkatkan penglibatan sektor swasta

Posted: Oktober 26, 2009 in Uncategorized

KERAJAAN komited untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi dengan menambah baik suasana pelaburan.

Peralihan itu bersandarkan kepada kemampuan berinovasi, kreatif dan bergerak ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi. Asas utama bagi faktor itu adalah pengetahuan dan teknologi.

Ekonomi berpendapatan tinggi memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran analisis yang mantap dan minda ingin tahu.

Bagi memudahkan peralihan itu, beberapa bidang yang mana Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif telah dikenal pasti.

Ia termasuk kewangan Islam, industri halal, industri berasaskan sumber dan pelancongan.

Syarikat Malaysia juga mempunyai kelebihan dalam aktiviti minyak dan gas, perladangan dan pembinaan yang dapat diperkukuhkan lagi dan dipromosi di peringkat global.

Kerajaan juga menyedari modal insan, pengurusan fiskal, liberalisasi dan pelaburan swasta harus ditangani bagi menyokong proses pemulihan dan menyediakan asas bagi peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Pelbagai peluang akan diwujudkan kepada sektor swasta dengan menarik pelabur asing memiliki ekuiti di syarikat tempatan dan menggalakkan projek usaha sama.

Dalam gelombang kedua penswastaan, beberapa agensi kerajaan terpilih akan diswastakan, selain insentif khusus disediakan bagi menarik pelaburan dalam koridor pembangunan.

Sektor kewangan akan dipertingkatkan bagi memudahkan perantaraan yang lebih cekap dengan meningkatkan akses, mengurangkan kos transaksi serta menggalakkan aktiviti broker saham dan pemerolehan dana.

Kerajaan juga akan menangani isu berkaitan insurans kenderaan bermotor bagi memastikan liputan insurans asas mampu dimiliki.

Selain itu, aktiviti pinjaman wang akan dikawal selia dan dipantau dengan lebih ketat bagi melindungi pengguna.

Strategi yang digariskan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara akan direalisasikan dengan penggubalan pelan pelaksanaan terperinci.

Kerajaan akan menyokong pembangunan bidang tersebut melalui pelbagai insentif termasuk galakan cukai dan pinjaman mudah bagi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan serta menyediakan rangka kerja perundangan dan peraturan.

Kerajaan juga menggalakkan pemilik bangunan untuk mengubah kepada ‘bangunan hijau’. Putrajaya dan Cyberjaya akan menggunakan konsep hijau bagi membuktikan kesesuaian konsep tersebut.

Pelaburan dalam bidang pertumbuhan khusus seperti kewangan Islam, industri halal, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi dan industri berasakan sumber akan dipromosikan dengan lebih agresif.

Bagi sektor pertanian pula, tumpuan akan diberikan kepada akuakultur, penternakan burung walit bagi menghasilkan sarang burung, florikultur, perikanan laut dalam dan pengeluaran rumpai laut.

Infrastruktur rantaian pembekalan makanan akan diperhebat dengan meningkatkan sistem pengedaran dan eksport serta mengadakan program membimbing usahawan agro.

Kerajaan juga komited membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana yang kukuh dan berdaya saing dengan menyediakan insentif bagi menggalakkan PKS memoden dan meneruskan operasi dalam suasana perniagaan semakin sengit.

Pelbagai geran dan skim pinjaman PKS akan dirasionalisasikan bagi meningkatkan akses dan keberkesanan, selain tumpuan juga diberikan kepada usaha meningkatkan kemahiran usahawan dalam bidang perniagaan dan pengurusan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s