Ternakan secara berselerak tidak dilulus

Posted: Julai 1, 2009 in Uncategorized

SEREMBAN 28 April – Kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang usaha penternakan babi secara tidak terkawal, sebaliknya mahu ia dilakukan melalui kaedah penternakan bersepadu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tragedi wabak Nipah yang melanda kawasan Bukit Pelandok di Port Dickson beberapa tahun lalu telah memberi pengajaran kepada kerajaan.

”Penternak babi perlu bersatu untuk mewujudkan kaedah penternakan bersepadu di kawasan yang telah disediakan iaitu di Site C, Port Dickson. Kita tidak akan benarkan penternakan dibuat secara berselerak,” kata beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Mohamad (BN-Rantau) menjawab soalan tambahan Chai Tong Chai (PKR-Chuah) yang mendakwa kerajaan telah meminggirkan penternak babi di situ.

Menteri Besar kemudiannya meminta Tong Chai menarik balik dakwaan berkenaan.

”Tarik balik. Kerajaan tidak pernah pinggirkan penternak babi di Port Dickson. Kena bangun dan cakap tarik balik,” tegas Mohamad.

”Baiklah saya tarik balik,” kata Tong Chai.

Mohamad kemudiannya menjelaskan, ketika berlakunya wabak Nipah pada tahun 1999 serta usaha jabatan untuk membendung penyakit tersebut di Bukit Pelandok, kerajaan telah membayar pampasan kepada semua penternak babi mengikut populasi dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM102 juta.

”Kerajaan telah pun meluluskan tapak untuk melakukan ternakan bersepadu, tetapi setakat ini, ia tidak dapat dimulakan kerana pemaju tidak dapat menyiapkan kemudahan infrastruktur,” kata beliau.

Buat masa ini, Mohamad berkata, kerajaan menggalakkan penduduk di Bukit Pelandok yang dahulunya penternak babi supaya aktif menternak burung walit, lembu tenusu serta ayam daging dan ayam penelur.

”Beberapa penternak di situ telah memulakannya secara komersial dan kerajaan amat menggalakkan aktiviti ini,” tegasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s