Tindakan tegas terhadap penternak degil

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Tindakan tegas terhadap penternak degil

KUANTAN 13 Julai – Kerajaan negeri akan bertindak tegas termasuk mengenakan kompaun terhadap penternak burung layang-layang atau juga dikenali sebagai burung walit yang didapati gagal mematuhi peraturan ternakan haiwan itu berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, tindakan tersebut bagi memastikan semua penternak mengambil kira kepentingan orang awam serta kebersihan premis.

Tegasnya, arahan yang mewajibkan penternak burung layang-layang perlu mematuhi kedua-dua syarat tersebut sebenarnya telah dikeluarkan pada tahun 2006.

”Tempoh dua tahun dianggap tepat bagi memastikan penternak melaksanakan kaedah terbaik bagi mengelakkan mereka dikenakan kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

”Jika gagal, kompaun RM300 akan dikenakan terhadap penternak yang gagal mematuhi peraturan itu yang dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Beliau mengulas rungutan penduduk bandar ini yang tidak senang dengan kegiatan penternakan burung layang-layang yang mengganggu ketenteraman awam.

Malah mereka mendakwa aktiviti tersebut turut mencemar imej bandar Kuantan dengan kekotoran najis yang dihasilkan daripada haiwan tersebut.

Menurut Khai Mun, di Pahang, lebih 1,500 premis dikenal pasti digunakan untuk mengusahakan ternakan burung tersebut, termasuk yang diusahakan secara haram.

Berdasarkan peraturan itu katanya, syarat utama penternak ialah mereka diwajibkan menjaga kebersihan di kawasan tempat ternakan dan mengawal bunyi bising burung supaya tidak mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.

”Sebelum ini, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan masih lagi berkompromi tetapi aduan orang awam yang tidak selesa dengan keadaan itu, menyebabkan kita akan memastikan penternak meningkatkan kualiti pengurusan.

”Bagi memastikan tiada lagi premis ternakan baru dibuka, kita tidak akan meluluskan permohonan baru daripada pengusaha di seluruh negeri ini,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s