Sarawak jadi pengeluar sarang burung

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Sarawak jadi pengeluar sarang burung

SIBU 18 Ogos – Wilayah tengah negeri ini berpotensi dijadikan pusat pengeluar sarang burung, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Awang Bemee Awang Ali Basah.

Menurutnya, bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei mempunyai kawasan yang luas untuk penternakan serta terdapat banyak burung walit emas yang membuat sarang di kawasan terbabit.

”Industri menternak burung walit emas walaupun masih baru bagi kebanyakan penduduk luar bandar, ia tidak mustahil boleh dimajukan seperti industri lain.

”Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, sedia untuk membantu usahawan yang berminat,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Ternakan Burung Walet Emas di sini, semalam.

Burung walit emas menghasilkan sarang burung yang kini semakin mendapat permintaan kerana mempunyai khasiat tinggi untuk kesihatan.

Menurut Bemee lagi, pengeluaran sarang burung dari seluruh negara adalah enam peratus dari jumlah permintaan seluruh dunia.

Katanya, Indonesia dan Thailand merupakan pengeluar sarang burung terbesar dan kebanyakannya dieksport ke Hong Kong, China dan Taiwan.

Justeru, beliau mahu usahawan bumiputera melihat peluang yang boleh diteroka dengan menternak burung walit emas.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sibu, Raden Siti Noralam Radin Ibrahim berkata, kursus yang julung kali diadakan itu bertujuan mendedahkan potensi ternakan burung walit emas.

”Saya berharap kita akan menjadi perintis dalam industri ini. Selain menganjurkan kursus, kita akan melihat peluang perniagaan lain seperti ternakan lembu dan akuakultur,” katanya.

Komen-komen
  1. mohd ali berkata:

    salam……..sy anak kpd mat bin jahiri.ayah saya baru ja memulakan penternakan burung walit.dikawasan pedalaman sarikei.bolehka saya tahu pembeli2 sarang burung walit disekitar sarikei

  2. somantri berkata:

    pada sutu saat malaysia akan menjadi pesaing bagi indondsia dalam industri budidaya burung walet.

  3. johnny berkata:

    di kapit sarawak tiada yang berani menceburkan dr ke dlm penternakan burung ini..boleh kh beri saya panduan atau info untuk memulakan perniagaan ini?tq

  4. muhammad ameer syazzwan berkata:

    salam….saya dr mukah, sarawak,…sekarang perusahaan swiftlet bird nest semakin berkembang pesat di kawasan mukah sehingga ke matu dan daro yg kebanyakan pengusahanya org cina tetapi sebilanga kecil sahaja pengusaha bumiputera di mukah yg menceburinya…bagaimanakah langkah yg berkesan utk org bumiputera mukah menceburi dlm perusahaan swiftlet bird nest ini???
    selain itu, adakah bantuan kewangan diberikan kepd org bumiputera mukah bagi membina rumah burung walet ini???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s