Sabrina Properties bangun pusat ternakan burung walit RM200j

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Sabrina Properties bangun pusat ternakan burung walit RM200j

KOTA BHARU 28 Sept. – Sabrina Properties Sdn. Bhd. akan membangunkan pusat ternakan burung walit atau burung layang-layang secara komersial yang dikenali sebagai Walit Agro Park dengan pelaburan bernilai RM200 juta.

Pengarah Eksekutif Sabrina Properties, Azlan Mohd. Yusof berkata, projek itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang melibatkan pembangunan di kawasan seluas 16 hektar di pinggir Sungai Kelantan dan Sungai Keladi, di sini.

“Fasa pertama projek itu yang membabitkan pembinaan 200 unit bangunan teres, setiap unit dijual pada RM400,000, akan dimulakan pembinaannya pada tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan,” katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, keseluruhan projek itu melibatkan 515 unit bangunan yang merangkumi lima jenis binaan iaitu kluster, kembar, teres, banglo dan hotel.

“Ketika ini kami sedang menguruskan hal berkaitan pengambilan tanah kerana proses pemilikan belum selesai sebelum pembinaan fasa pertama membabitkan 200 unit bangunan teres dimulakan tahun depan,” katanya.

Azlan berkata, projek itu merupakan projek perintis kepada syarikat sejak penubuhannya dua tahun lalu dan ia dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengusaha tempatan.

“Projek burung walit mempunyai potensi besar kerana hasilnya mendapat sambutan menggalakkan di pasaran, selain pengusaha tidak perlu bimbang terhadap pemasaran hasil burung ini. Kami yakin, industri ini bakal memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha,” katanya.

Beliau berkata, selain bangunan yang menjadi lokasi pembiakan dan sarang burung walit itu, kawasan berkenaan juga akan dibangunkan dengan hotel, medan selera dan lokasi memproses sarang burung itu di samping pengawasan oleh kamera litar tertutup.

– Bernama

Komen-komen
  1. shamsul berkata:

    salam…buleh ke saya amik upah cuci sarang burung yang hendak dijual..terima kasih.

  2. abdul manan berkata:

    saya ada 100 kg sarang burung layang2 gua hendak dicuci dan dijual
    email abd_manan89@yahoo.com dan hp 0174375260

  3. abdul manan berkata:

    email abd_manan89@yahoo.com dan hp 0174375260

  4. mohamad asyraf berkata:

    ada tak suara walet panggil

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s