Penternak dijanjikan pulangan lumayan

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Penternak dijanjikan pulangan lumayan

IBRAHIM Marsan dibantu isteri, Rosidah Dawi untuk menjalankan perniagaan sarang walit.

KOTA TINGGI 10 Ogos – Pulangan lumayan menerusi jualan sarang burung walit menjadikan semakin ramai anggota masyarakat berminat menternak burung itu sejak kebelakangan ini.

Begitupun, burung yang berwarna gelap itu sebenarnya mempunyai tabiat dan kehidupan unik yang perlu diketahui sebelum seseorang menceburi bidang ternakan sarang burung walit.

Selain kegemarannya meluncur dan terbang pantas kerana saiznya yang kecil, haiwan itu adalah burung pemakan serangga-serangga kecil yang ada di daerah pesawahan, tanah terbuka, hutan dan pantai serta perairan.

Spesies burung ini menetap di gua atau rumah yang bersuhu lembap dengan keadaan remang dan menggunakan langit-langit bangunan atau gua untuk membuat sarang.

Bagaimanapun untuk mendapatkan sarang walit yang memuaskan, penternak burung itu harus menyediakan makanan tambahan terutama untuk musim kemarau.

Sementara itu, sarang burung itu yang diperbuat daripada air liur itu biasanya dimasak untuk campuran ubat tradisional atau makanan mewah.

Antara penyakit yang dikatakan boleh disembuhkan menerusi sarang burung walit adalah paru-paru, panas dalam, penambah tenaga dan melancarkan peredaran darah.

Mengenai rumah burung walit pula, ia perlu dibina berdasarkan keperluan burung tersebut bagi menjamin ia akan terus menetap di situ.

Seorang pengusaha rumah burung walit, Ibrahim Marsan, 51, berkata, rumah tersebut perlu ada ruang yang luas kerana sewaktu memasuki bangunan, burung walit akan berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya.

“Bilik rehat perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristirahat dan membina sarang,” jelasnya dari Felda Lok Heng Barat, di sini, baru-baru ini.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Selain itu, katanya, lubang keluar masuk burung pula sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.

Menurutnya, rumah burung itu juga memerlukan sistem paip jaringan yang diletak di bahagian bumbung dan dalam bangunan.

Sistem ini perlu kerana apabila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Untuk memanggil burung walit pulang membuat sarang atau meningkatkan pengeluaran, pengusaha boleh memasang sistem audio.

Komen-komen
  1. zali berkata:

    macamana nak pasang sistem audio? ada peralatan khas ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s