Pelan induk pelihara burung walit dikaji

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Pelan induk pelihara burung walit dikaji

MELAKA 28 Okt. – Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk membentuk satu pelan induk berhubung pemeliharaan burung walit atau burung layang-layang bagi memastikan aktiviti tersebut lebih terkawal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, garis panduan awal mengenainya akan disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan serta wakil dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan agensi kerajaan berkaitan.

”Pembentukan pelan induk tersebut diputuskan menerusi mesyuarat Exco yang diadakan baru-baru ini selepas timbul perkara-perkara yang tidak jelas terutama mengenai status pemeliharaannya di bangunan lama dalam kawasan warisan seperti di Jonker Walk ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek bangunan Wisma Persekutuan di sini, semalam.

Katanya, masalah yang timbul terutama berkaitan faktor kebersihan ekoran pemeliharaan burung walit dalam kawasan warisan, perlu dijelaskan secara terperinci bagi mengelakkan kekeliruan mengenainya berlanjutan pada masa depan.

Pada masa yang sama, kata Ketua Menteri, ada pengusaha burung walit yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak membenarkan mereka menternak burung berkenaan dalam kawasan warisan sedangkan ia dibolehkan di negeri lain seperti di Johor dan Negeri Sembilan.

”Kita telah minta Exco kerajaan negeri terlibat menyediakan garis panduan yang jelas berhubung perkara ini dimana sebenarnya burung ini perlu ternak termasuk mengambil kira pendapat mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini.

”Nampaknya banyak pihak yang berminat dalam industri ini namun mereka lebih berminat mengusahakannya di bangunan lama dalam kawasan warisan seperti di Jonker Walk dan ini menimbulkan masalah kebersihan kepada penempatan penduduk yang tinggal berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pihak kementerian dan agensi kerajaan berkaitan perlu membuat satu peraturan yang jelas mengenai perkara itu memandangkan peraturan sedia ada berlainan mengikut negeri.

Bagi pihak kerajaan negeri sendiri, kata Mohd. Ali, sejak beberapa tahun lalu tidak membenarkan sebarang kegiatan atau aktiviti pemeliharaan burung walit dibuat dalam kawasan warisan, namun perkara itu dibantah oleh banyak pengusaha.

”Mereka mempertikaikan kenapa negeri lain membenarkan penternakan burung walit dibuat dalam kawasan warisan dan bangunan lama sedangkan di Melaka tidak boleh? Oleh itu, kita amat berharap agar kementerian dan Jabatan Warisan dapat membuat keputusan dalam soal ini.

”Ini sama ada pemeliharaan burung walit dalam kawasan warisan dibenarkan atau sebaliknya,” katanya.

Kata Ketua Menteri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengeluarkan notis mengarahkan pengusaha burung walit dalam kawasan warisan di Jonker walk memindahkan perniagaan mereka ke tempat lain yang dibenarkan.

”Bagaimanapun, kita akan beri pengusaha terbabit masa enam bulan hingga setahun lagi untuk berada di situ sehinggalah garis panduan jelas mengenainya dapat dibentuk kelak.

”Kita jangkakan garis panduan awal mengenainya akan boleh disediakan pada bulan depan oleh jawatankuasa berkenaan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, selain jawatankuasa terbabit, pihak Jabatan Veterinar negeri juga dipertanggungjawabkan menyediakan panduan khusus mengenai perkara itu terutama dalam aspek kebersihan yang didakwa oleh orang ramai menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s