Najib garis 3 konsep penting ekonomi

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized
28/03/2009 3:50pm

 

KUALA LUMPUR 28 Mac — Presiden Umno yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga konsep penting ekonomi untuk membawa negara ke landasan yang lebih tinggi dan kukuh pada masa depan. Timbalan Perdana yang juga Menteri Kewangan itu berkata tiga konsep itu —ekonomi bernilai tinggi, ekonomi berasaskan inovasi dan produktiviti serta kreativiti — akan melonjakkan ekonomi negara. “Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sering menegaskan betapa pentingnya nilai tambah tetapi saya berpendapat nilai tambah itu perlu digandingkan dengan nilai tinggi,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini. Contoh ekonomi nilai tinggi yang boleh diceburi usahawan ialah perusahaan burung Walit yang memberikan pulangan lumayan, yang boleh dijayakan di banyak tanah terbiar di bahagian Pantai Timur dan kawasan lain di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri turut mencadangkan beberapa perusahaan nilai tinggi lain yang boleh diceburi usahawan tempatan termasuk rumpai laut untuk pasaran eksport ke Jepun dan negara lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s