Burung walit bukan punca denggi

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Burung walit bukan punca denggi

IPOH 10 Nov. – Kerajaan negeri Perak menafikan kes demam denggi yang berlaku di Manjung sehingga menyebabkan empat kematian pada tahun ini berpunca daripada ternakan burung walit atau layang-layang secara haram atau terancang di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata, sehingga kini tiada kajian mengatakan burung walit merupakan salah satu punca penyakit demam denggi.

Sivanesan berkata, perkara ini dimaklumkan sendiri oleh rakan beliau yang merupakan seorang profesor.

”Memang benar kes demam denggi di Manjung meningkat tetapi kami turun padang untuk mengenal pasti punca-punca kejadian.

”Jabatan Kesihatan negeri juga masih mencari punca sebenar penularan penyakit itu dan saya sendiri boleh mengatakan bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar,” katanya semasa menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (BN-Pangkor) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Sebelum itu, Sivanesan ketika menjawab soalan Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) memberitahu, Perak mencatatkan sebanyak 3,339 kes demam denggi dengan enam kematian dari 1 Januari hingga 25 Oktober lalu.

”Selain empat kes kematian di daerah Manjung, masing-masing satu kematian dilaporkan di Perak Tengah dan Padang Batang,” katanya.

Beliau berkata, daerah Kinta mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,249 kes diikuti Manjung (736), Kuala Kangsar (432), Perak Tengah (199), Batang Padang (197), Larut Matang dan Selama (179), Hulu Perak (137), Kerian (123) dan Hilir Perak sebanyak 87 kes.

”Jabatan Kesihatan negeri memandang serius terhadap kejadian demam denggi dan chikungunya. Justeru, langkah-langkah pencegahan serta kawalan telah diambil bagi membanteras masalah ini.

”Antara aktiviti yang dijalankan ialah melakukan semburan kabus di kawasan tumpuan orang ramai, pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan kesihatan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s