Belanda mahu jalin kerjasama

Posted: Mei 10, 2009 in Uncategorized

Belanda mahu jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Belanda ingin meneroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian dengan Malaysia yang dilihat mempunyai potensi yang tinggi.

Duta Belanda ke Malaysia, Lody Embrechts berkata, Malaysia merupakan rakan kerjasama yang penting bagi Belanda di kalangan pelbagai negara di rantau ini.

”Dua elemen penting dalam kerjasama dua hala ialah pertanian dan perdagangan. Bagaimanapun, Malaysia dan Belanda belum meneroka potensi kerjasama yang ada dengan sepenuhnya.

”Justeru mulai tahun depan agensi swasta kedua-dua negara akan menjadi pemangkin kerjasama pertanian tersebut,” katanya.

Embrechts berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada sesi perbincangan meja bulat sektor pertanian di antara Malaysia dan Belanda di Hotel Sheraton Imperial di sini hari ini.

Hadir sama pada perbincangan tersebut ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Jelas beliau, Belanda juga bersedia memainkan peranan sebagai pintu masuk bagi membolehkan Malaysia memasarkan produk pertanian untuk menembusi pasaran Eropah.

”Kerajaan Malaysia dan Belanda perlu merangka pelan yang sesuai sebagai platform bagi agensi swasta kedua-dua negara menjalinkan perdagangan dalam bidang pertanian,” katanya sambil menambah antara industri yang menarik perhatian Belanda ialah penanaman bunga di Cameron Highlands.

Sementara itu, Mustapa berkata, Belanda merupakan model yang paling baik bagi Malaysia untuk mempelajari pertanian berteknologi tinggi.

”Dengan keluasan yang sama dengan negeri Pahang dan penduduk seramai 16 juta orang hasil pertanian Belanda mencecah RM250 bilion setahun.

”Ini merupakan hasil yang tinggi untuk sebuah negara yang kecil,” katanya.

Sementara itu, mengenai isu perusahaan burung walit, Mustapa menjelaskan, perkara berkenaan akan dibincangkan di Kabinet dalam waktu terdekat.

”Perusahaan burung walit merupakan industri yang berpotensi tinggi di Malaysia dan menjana lebih RM1 bilion setahun.

”Oleh itu, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada industri berkenaan supaya ada pihak yang menyelaras memandangkan Malaysia kini antara pengeluar sarang burung walit terbesar di dunia,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s