SFC lancar operasi burung walit

Posted: Mei 8, 2009 in Uncategorized

SARIKEI 27 Feb. – Sebanyak 120 buah rumah ladang burung walit telah diperiksa oleh Pasukan Penguat Kuasa Sarawak Forest Corporation (SFC) dalam satu operasi di tapak perindustrian dan perbandaran di sini semalam.

Pengurus Besarnya, Nicholas Sebastian berkata, operasi tersebut dilancarkan bagi memastikan larangan ke atas aktiviti seumpama itu di kawasan perumahan dan bandar ini perlu dipatuhi sejak 31 Disember lalu.

Menurutnya, operasi itu turut disertai polis, Jabatan Tanah dan Survei, pegawai kesihatan dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

”Setiap rumah ladang burung di Jalan Kubu Lama di sini diperiksa kira-kira setengah jam dan didapati mematuhi arahan dengan peralatan untuk menarik perhatian burung telah ditanggalkan dan premis sudah dibersihkan,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, Sebastian memberitahu, pihaknya terpaksa mengambil masa satu jam untuk memeriksa sebuah rumah ladang burung berdekatan kerana didapati masih menjalankan aktiviti mereka.

Katanya, pegawai penguat kuasa terpaksa merampas beberapa sarang burung di premis berkenaan manakala sarang yang masih memiliki telur burung belum menetas tidak diganggu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah sarang burung yang dirampas dan tindakan susulan kepada pihak yang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s