Sarawak bakal pengeluar sarang burung walit

Posted: Mei 8, 2009 in Uncategorized

KUCHING 13 April – Sarawak berpotensi besar menjadi pengeluar sarang burung walit atau burung layang-layang memandangkan negeri ini sumber habitat haiwan itu.

Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Adzmy Abdullah berkata, mengikut statistik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hasil eksport industri sarang burung ialah RM750 juta setahun (150,000 tan metrik sarang burung).

Malah, menurutnya, industri sarang burung mempunyai permintaan besar dari luar negara terutama China dan Eropah dengan pasaran dunia bernilai RM8 bilion.

“Bagaimanapun, para usahawan yang mahu menceburi bidang ini perlu memohon lesen terlebih dahulu dan mematuhi undang-undang dalam mengusahakan ladang burung walit ini.

“Sehubungan itu, para usahawan ternakan jangan melihat bidang penternakan melibatkan kambing dan lembu saja tetapi boleh mempelbagaikannya dengan membabitkan diri dalam industri ternakan burung walit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kursus Keusahawanan Penternakan Kambing di Pusat Latihan Sarawak di Telaga Air dekat sini hari ini.

Adzmy berkata, difahamkan Sarawak mempunyai lebih 1,500 pengusaha burung walit manakala di seluruh Malaysia pula sejumlah 23,000 pengusaha terbabit dalam industri sarang burung berkenaan.

Katanya, para usahawan sama ada menternak kambing atau lembu perlu memanfaatkan setiap ruang tanah yang dimiliki dengan ternakan lain yang difikirkan sesuai seperti ladang ternakan burung walit ini.

Tambahnya, usahawan ternakan juga perlu menetapkan minda mereka untuk mengusahakan bidang tersebut secara komersial sepenuhnya atau dalam kata lain ‘zero waste‘ (sisa sifar).

“Apa yang dimaksudkan ‘zero waste‘ ialah mengkomersialkan ternakan bukan hanya daging semata-mata tetapi segala yang dapat dihasilkan menerusi haiwan itu seperti contoh baja organik menerusi najis ternakan dan banyak lagi,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s