Bajet 2010 mungkin RM200 bilion

Posted: Mei 8, 2009 in Uncategorized

KUALA LUMPUR 28 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan peruntukan RM200 bilion dalam Bajet 2010 bagi memastikan negara tidak terjejas teruk akibat ‘tsunami’ ekonomi global.

Timbalan Perdana Menteri berkata, anggaran itu menjadikan keseluruhan peruntukan untuk menjana ekonomi negara pada tahun ini dan tahun depan berjumlah RM470 bilion.

Beliau yang baru mengambil alih jawatan Presiden UMNO berkata, kerajaan menjangkakan projek rangsangan itu akan menghasilkan pertumbuhan satu atau dua peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, untuk membolehkan KDNK kembali kepada kadar asal iaitu antara enam atau tujuh peratus, ia bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.

“Pada tahun depan, kemungkinan kita akan peruntukkan sejumlah RM200 bilion lagi.

“Ini bererti dalam tempoh dua tahun ini, lebih kurang RM470 bilion akan dibelanjakan untuk menjana ekonomi negara dengan lebih baik lagi,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO, di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM206 bilion dalam Bajet 2009 sebelum disusuli Pakej Rangsangan Pertama berjumlah RM7 bilion dan Pakej Rangsangan Kedua RM60 bilion.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan sedia maklum bahawa pelbagai pihak berminat untuk mengetahui status pelaksanaan projek di bawah dua pakej rangsangan berkenaan.

Katanya, bersesuaian prinsip ketelusan yang menjadi amalan kerajaan, sebuah laman web khas akan dilancarkan kira-kira dua minggu lagi untuk memberi segala maklumat dan butiran tentang pakej rangsangan pertama dan kedua.

“Setakat ini, jumlah yang telah dibayar ialah sebanyak RM216 juta untuk 3,839 projek dan pada akhir bulan April ini dijangka RM1.5 bilion akan dibelanjakan untuk 10,000 projek manakala pada akhir Mei ini RM5.2 bilion akan dibelanjakan untuk 38,000 projek,” katanya.

Najib yang juga bakal Perdana Menteri turut menggariskan tiga konsep yang akan diterapkan kerajaan untuk memacu ekonomi negara iaitu:

l Gandingan konsep nilai tambah dan nilai tinggi, sebagai contoh dalam bidang pertanian ialah perusahaan sarang burung walit, rumpai laut dan ikan arowana.

l Memulihkan kemelut ekonomi dan membuat persiapan pada masa depan apabila krisis berakhir.

l Ekonomi kreatif dan inovatif.

Sebagai reaksi kepada ucapan seorang perwakilan yang mendakwa terdapat Lembaga Pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) yang memegang jawatan dalam 60 syarikat, beliau berkata, ia telah disemak dan perkara itu tidak mungkin berlaku.

Katanya, seorang ahli lembaga pengarah GLC hanya dibenar memegang jawatan di 10 syarikat yang tersenarai di bursa saham dan 15 syarikat sendirian berhad sahaja.

“Kalau ada maklumat yang sebenar…kalau saya silap tolong beritahu. Saya tak akan benarkan sesiapa memegang jawatan begitu banyak sekali,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s