Pemilik dinasihat jaga kebersihan premis sarang burung

Posted: Januari 21, 2009 in Uncategorized

Pemilik dinasihat jaga kebersihan premis sarang burung

KOTA BHARU 16 Mei – Para pemilik sarang burung walit supaya menjaga kebersihan dan menjadikan premis mereka sebagai satu daya tarikan pelancong.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, menurut kajian yang dijalankan, sarang burung walit yang terdapat di negeri ini adalah yang berkualiti tinggi dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.

“Saya mendapat tahu burung walit suka datang ke bandar ini kerana udaranya yang bersih. Perkara ini menjadi daya tarikan kepada pelancong dan permintaan yang tinggi dipasaran.

“Justeru saya minta pengusaha premis sarang burung supaya menjaga kebersihan dan memastikan kawasan sekitar tidak tercemar dengan najis haiwan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan kedai sarang burung NESPURE Holdings Sdn. Bhd. di pusat membeli belah KB Mall di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan pemilik kedai tersebut, Ng Ching Phock.

Nik Abdul Aziz berkata, pemilik premis sarang burung tersebut perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerajaan memang membuat undang-undang melalui PBT untuk mendapatkan sikit wang dan faedah daripada industri ini.

“Kita berharap lebih banyak premis sarang burung akan dibuka di Kelantan serta menjadi satu daripada daya tarikan utama pelancong ke negeri ini dan bebas daripada pencemaran,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s