Nik Aziz cadang Raja-raja perjelas hak ketuanan Melayu

Posted: Januari 21, 2009 in Uncategorized

Nik Aziz cadang Raja-raja perjelas hak ketuanan Melayu

16/05/2008 3:48pm

KOTA BHARU 16 Mei — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mencadangkan agar Raja-raja Melayu menjelaskan isu hak ketuanan Melayu setelah ada pihak sudah berani mempertikaikannya.

“Raja-raja Melayu perlu memperbetulkan apa-apa kesilapan yang menyebabkan bangsa Melayu dipertikai sekarang,” katanya ketika berucap pada ceramah mingguannya di sini hari ini.

Menurut Nik Aziz sekiranya sultan mendiamkan diri tanpa bertindak dalam menyatakan hak Melayu di negara ini selagi itu ia akan dipermainkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan untuk sesuatu matlamat.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Melayu yang menganggap ia mencabar kewibawaan orang Melayu.

Pada satu acara lain, Nik Aziz mencadangkan agar rakyat menjadikan sarang burung walit sebagai makanan tambahan bagi mengekalkan kesihatan diri kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi.

“Saya sendiri makan sarang burung hampir setiap pagi dan malam,” katanya.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s