Perlu patuhi garis panduan

Posted: Januari 19, 2009 in Uncategorized

Perlu patuhi garis panduan

BERA 2 Sept. – Majlis Daerah Bera (MDB) memberi amaran akan menarik lesen pengusaha sarang burung walit jika mereka gagal mematuhi garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan Perkhidmatan Bandar dan Penguatkuasaan MDB, Mohd. Jidi Yaakub berkata, pihaknya juga akan menyita bangunan pengusaha terbabit jika peraturan tidak dipatuhi.

Sehubungan itu, beliau menasihat pengusaha mematuhi peraturan dan mendapatkan kebenaran MDB sebelum mengubah suai bangunan bagi menternak burung tersebut.

“Selain perlu mendapatkan lesen yang sah, pengusaha perlu memastikan kawasan peliharaan tidak tercemar dan tidak mengganggu kesihatan penduduk sekitar.

“Pengusaha perlu patuh kepada peraturan supaya tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke atas beberapa bangunan milik pengusaha burung walit di daerah ini di sini hari ini.

Menurut Mohd. Jidi, MDB memandang serius setiap aduan orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap pengusaha yang tidak mematuhi peraturan dan mengabaikan kebersihan sehingga mencemarkan kawasan persekitaran.

Setakat ini, katanya, terdapat 24 pengusaha burung walit di daerah Bera dan sehingga kini mereka mematuhi arahan dan garis panduan MDB.

Beliau memberitahu, mereka yang melanggar arahan dan peraturan tersebut boleh dikenakan denda maksimum 20 kali ganda daripada jumlah kompaun dan bangunan tersebut boleh disita.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihati peniaga pasar malam dan pasar Ramadan supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan menutup makanan jualan bagi mengelak dicemari kotoran dan lalat.

“Bahagian Penguat Kuasa MDB memantau operasi bazar Ramadan setiap hari bagi memastikan peniaga menjaga kebersihan dan tindakan membatalkan lesen boleh diambil jika mereka mengabaikan aspek kebersihan,” tegasnya.

Selain itu, beliau meminta peniaga mempamerkan tanda harga yang jelas pada setiap jenis barangan jualan bagi kemudahan pembeli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s