Pengusaha burung walit diarah pindah

Posted: Januari 19, 2009 in Uncategorized

Pengusaha burung walit diarah pindah

MELAKA 1 Dis. – Para pengusaha burung walit di kawasan warisan di seluruh negeri ini diberi tempoh sehingga Disember tahun depan untuk berpindah ke tempat lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya mengenal pasti kira-kira 20 pengusaha ternakan itu di kawasan sekitar Jonker Street dan Jalan Tengkera di sini.

Menurutnya, tindakan tersebut bertujuan memelihara keaslian dan kebersihan di Tapak Warisan Dunia dan pada masa yang sama menjadi perhatian serta kunjungan pelancong asing dari seluruh negara.

”Kita tidak mahu kesan daripada penternakan ini yang tidak terkawal akan memberi imej yang tidak baik kepada kerajaan negeri, lebih-lebih lagi Melaka terkenal sebagai destinasi pelancongan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Veterinar negeri untuk menyenaraikan kawasan yang sesuai bagi pengusaha terbabit menjalankan kegiatan tersebut terutama di luar dari kawasan warisan.

”Arahan telah dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu namun kita masih menunggu laporan dari jabatan terbabit berhubung perkara ini,” ujarnya.

Kata Mohd. Ali, pada masa ini, kerajaan negeri merasakan beberapa kawasan seperti di Pantai Klebang dan daerah Merlimau sesuai dijadikan kawasan baru penternakan burung walit.

Menurut beliau, pengusaha burung walit di kawasan warisan pada masa ini perlu memahami masalah yang timbul akibat tindakan mereka menternak burung walit di kawasan warisan dan terletak di kawasan bandar.

Katanya, banyak masalah timbul terutama berkaitan faktor kebersihan dan gangguan bunyi bising burung walit sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya turut kesal kerana terdapat di kalangan pengusaha terbabit mempersoalkan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan mereka menternak burung berkenaan dalam kawasan warisan sedangkan ia dibolehkan di negeri lain seperti di Johor dan Negeri Sembilan.

”Bagi menjelaskan tentang perkara ini, kita sedang dalam usaha menyediakan garis panduan berhubung perkara ini,” jelasnya.

Kata Ketua Menteri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengeluarkan notis mengarahkan pengusaha burung walit dalam kawasan warisan di Jonker walk memindahkan perniagaan mereka ke tempat lain yang dibenarkan kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s