industri sarang burung walit

Posted: Januari 19, 2009 in Uncategorized

Ubah industri sarang burung walit

KUANTAN 17 Jan. – Pengusaha sarang burung walit di negeri ini disaran memindahkan industri yang berpotensi tinggi itu ke kawasan luar bandar.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, kedudukan industri yang mempunyai nilai dagangan sehingga RM500 juta itu perlu dikaji semula dengan mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk memantapkan lagi perusahaan tersebut.

‘‘Para pengusaha perlu mengenal pasti di mana kawasan sesuai yang terdapat banyak burung walit dan bukannya di dalam kawasan bandar.

‘‘Kawasan tersebut perlulah dikenal pasti secara teknikal mempunyai potensi menjadi persinggahan burung berkenaan sehingga dapat membentuk satu koloni,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perusahaan Sarang Burung Walit anjuran Persatuan Warisan Pekan (Waris) di sini hari ini.

Menurutnya, apabila terbentuknya koloni itu maka bukan lagi pengusaha yang mencari burung tetapi burung yang mencari bangunan untuk membuat sarang.

Selain itu katanya, tujuan utama pemindahan lokasi sarang burung itu ialah untuk menghindari gangguan bising alunan muzik yang digunakan oleh pengusaha untuk memanggil burung-burung ke sarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s