Berkawan dengan walit

Posted: Januari 19, 2009 in Uncategorized

Berkawan dengan walit

HASH(0x26e6c24)
– Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


KOTA TINGGI 10 Ogos – Bukan mudah bagi Ibrahim Marsan, 51, untuk memulakan projek sarang burung walit.

Namun atas usaha dan minat yang mendalam, dia sanggup menebalkan muka bertanya kepada para penternak sedia ada.

Ibrahim yang merupakan salah seorang peneroka di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor bernasib baik kerana mempunyai ramai rakan kaum Cina yang mengusahakan penternakan itu dan tidak lokek untuk menurunkan ilmu kepadanya.

Menurutnya, salah satu faktor dia ingin menceburi bidang tersebut kerana ia mampu memberikan keuntungan lumayan.

“Sudah 22 tahun saya menetap di Felda ini dan melakukan pekerjaan yang sama iaitu menanam kelapa sawit. Kita tanam dan apabila sudah masak kita pungut dan perkara yang sama perlu dilakukan sehingga pokok ditebang untuk tanam semula.

“Apabila pokok-pokok ditebang, peladang tidak ada hasil serta terpaksa meminjam untuk meneruskan kehidupan. Justeru, saya lihat penternakan burung walit ini berbeza daripada biasa. Kita tidak perlu beli benih, menjaga atau bagi makan, cuma sediakan rumah sahaja dan cukup masa kutip hasil yang berpanjangan,” katanya.

Menyedari kelebihan itu, Ibrahim nekad mengambil keputusan membina rumah burung walit pertamanya pada dua tahun lalu dengan kos RM40,000.

Rumah burung berkenaan yang dibina dengan modal hasil titik peluh selama ini didirikan di bahagian atas rumahnya.

“Nak bina rumah burung di tapak lain, saya takut kalau projek pertama ini tidak menjadi dan sebab itulah bina di atas rumah.

“Alhamdulillah, setelah dua tahun saya dapat melihat hasilnya. Memang menguntungkan, namun setakat ini saya belum mengkomersialkan lagi dan hanya untuk makanan kami sekeluarga sahaja,” katanya.

Ibrahim turut mempunyai bengkel membaiki motosikal yang diuruskan oleh anaknya itu berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 2,000 ekor burung walit yang menginap di rumah burung miliknya.

Setiap hari, dia akan memainkan muzik bunyi burung dari pukul 6.30 pagi hingga 7.45 petang untuk memanggil burung-burung berkenaan.

Katanya, burung tersebut tidak akan membina sarang dengan mudah jika persekitarannya tidak sesuai dan biasanya setelah empat bulan menginap, barulah burung-burung itu akan membina sarang daripada air liurnya.

Menyedari projek penternakan itu mampu memberi pendapatan lumayan, Ibrahim kini memperuntukkan RM200,000 untuk membina sebuah lagi rumah burung dua tingkat yang lebih besar berhampiran rumahnya dan dijangka siap akhir tahun ini.

DiwariskanBapa kepada lima anak iaitu Helmi, 28; Elizam, 25; Elizan, 24; Elliza, 22; dan Mohd. Eezad, 19, berkata, hasil perkongsian hidup dengan Rosidah Dawi, 50, apa yang diusahakan akan diwariskan kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Sekarang ini saya hanya dapat pungut satu kilogram (kg) sahaja sarang burung. Pada saya itu petanda baik kerana satu gram harga jualan adalah RM4.50. Mungkin pada masa depan saya mampu memungut 10 hingga 20kg sarang burung sebulan.

“Kalau ada yang berminat untuk memulakan projek ini saya sedia berkongsi pengalaman kerana ia menguntungkan. Saya harap lebih ramai orang Melayu mengusahakan penternakan ini,” katanya yang turut mendapat sebuah tapak daripada Felda untuk membina sebuah rumah burung lagi.

Menurutnya, setiap satu sarang burung mampu mencecah berat kira-kira 10 gram dan ia dijual dengan harga yang tinggi kerana dipercayai baik untuk kesihatan.

Selain dibuat jeli, sarang burung juga diproses menjadi air minuman kesihatan dengan direndam bagi mengasingkan bulunya sebelum dikukus atau rebus bersama gula batu dan daun pandan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s