Posted by: burungwalit | Januari 17, 2012

Tiada cadangan ganti baja kepada wang tunai

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kerajaan tidak bercadang menggantikan bantuan baja kepada petani dengan wang tunai, sebaliknya beberapa input lain diberikan bagi meningkatkan penanaman khususnya padi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, ia bagi memastikan bantuan yang diberikan itu digunakan untuk penanaman padi dan memberikan kesan langsung terhadap pengeluaran padi negara.

”Tiada cadangan untuk menggantikan bantuan baja dengan wang tunai.

”Namun, kementerian mahu memberi input-input lain seperti dari segi kaedah penanaman kepada petani. Mengenai persoalan mengapa bantuan baja tidak sampai (kepada golongan sasaran), kita akan kaji supaya ia dapat ditangani,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menggantikan bantuan baja kepada petani dengan wang tunai serta bantuan baja yang dikatakan tidak sampai ke golongan sasar.

Terdahulu, menjawab soalan asal Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) berhubung jumlah import makanan yang dikatakan terus meningkat Tee Yong berkata, ia berlaku kerana faktor iklim dan peningkatan kos pengeluaran.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan mengambil langkah meningkatkan pengeluaran makanan supaya Tahap Sara Diri (SSL) negara dapat ditingkatkan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap import.

”Ini dilaksanakan melalui projek berimpak besar iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Zon Industri Akuakultur, Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani.

”Pada masa sama, kementerian juga berusaha meningkatkan eksport bagi memperbaiki imbangan dagangan dengan memberi tumpuan kepada komoditi yang bernilai tinggi dan mampu bersaing di pasaran luar iaitu akuakultur, rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, sayur-sayuran dan makanan diproses premium,” katanya.

Beliau seterusnya meminta kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang untuk tidak memfokus kepada pembangunan semata-mata apabila banyak tanah pertanian ditukar kepada pembangunan.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers