Posted by: burungwalit | Januari 17, 2012

Kerajaan pantau ternakan burung walet

KUANTAN 9 Dis. – Kerajaan negeri sentiasa memantau aktiviti penternakan walet di seluruh daerah negeri itu dengan melakukan pemeriksaan bagi memastikan pengusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, pemeriksaan bersama antara jabatan yang terlibat akan dilakukan bagi memastikan pengusaha mematuhi garis panduan tersebut.

“Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) masih menunggu keputusan kerajaan negeri untuk pematuhan syarat dan garis panduan lesen walet.

“Bagaimanapun, Jabatan Veterinar kini giat mendaftar premis yang menjalankan aktiviti penternakan walit kerana ia merupakan prosedur biasa sekiranya melibatkan sebarang aktiviti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (Pas-Kuala Semantan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Khai Mun memberitahu, bagi tujuan pelesenan, jabatan akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis walet yang memohon melalui PBT dan seterusnya mengeluarkan surat sokongan sekiranya premis berkenaan mematuhi Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) walet.

“Setiap permohonan lesen perusahaan sarang itu diwajib melampirkan Sijil Kursus Perusahaan Sarang Burung Walet yang dianjurkan oleh Jabatan Veterinar.

“Semua permohonan lesen yang diterima oleh PBT akan dibawa kepada Jabatan Veterinar untuk mendapatkan ulasan teknikal,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers